Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berharap kerajaan mempertimbangkan permohonan pengecualian duti setem 100 peratus bagi pemilikan rumah pertama dalam pembentangan Bajet 2023.<br /><br />Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata menerusi Inisiatif Pemilikan Perumahan Keluarga Malaysia (i-Miliki), pengecualian duti setem 100 peratus adalah untuk pemilikan rumah pertama berharga bawah RM500,000.